"tika jari jemari menaip laju baris ayat2 yang tersimpan rapi dalam fikiran,Tika mata tak ingin sekali berkelip dan hati mula sebak dan sayu ketika menanyakan apa kesudahan cerita di hati yang berkaitan dengan filem istimewa ketika cinta bertasbih"
ye.. kali nie memang rasa sangat hiba,sebak dan tangis dalam diri yang tidak pernah seorang pun tahu.Bukan ingin merahsiakan apa yang tersimpan dalam lubok hati namun hakikat hanya tidak ingin menyusahkan orang lain.Walaupun blog aku tidak secantik blog2 orang lain.Tetapi di sinilah aku mencurahkan segala isi hati yang terpendam selama ini.Filem kegemaranku sentiasa ada dalam kotak fikiran menguntai-guntai mencari jalan peyelesaian tentang kisah hidup meraka dan aku.
Berbalik tentang cerita yang ingin aku sambungkan untuk kalian membaca tentang diri aku dan semua di samping aku,apa yang aku lihat,aku rasai dan aku hadapi.Ntah ada tak yang sudi membaca.Antara jakarta dan malaysia begitu banyak persamaan.Tapi kenapa sentiasa ada peyelesihan antara kedua-dua buah negara.Sahabat ku di facebook yang berada indonesia mengatakan orang malaysia jahat dan orang malaysia mengatakan orang indonesia yang jahat.kenapa.???
persoalan baru ini menjadi tanda tanya buat diri aku.
kcb!..kejayaan cari bahagian!.Setiap kejayaan akan menemui kebahagian xkira siapa pun.Hidup umpama kupu-kupu, walaupun secantik mana pun.Ia akan menghadapi musuh yang nyata dalam kehidupan nya iaitu manusia yang rakus menangkapnya untuk di jadikan perhiasan dan jika ia tertangkap tiada lagi hayat nya cuma jasad yang di abadi dalam frim gambar dan di gantung di dinding.Begitulah manusia sehebat mana pun seseorang tu ia tetap akan di uji dalam kehidupan sehariaan..
Banyak sekali yang aku pelajari dalam filem KCB nie.Cinta yang abadi hanya untuk ALLAH yang maha kekal mencintai hambanya,tanpa hambanya sedar akan kecintaan tuhan-Nya.Apa sahaja yang hambanya inginkan akan dia kurnia hanya tinggal mintak sahaja.Seperti ibubapa yang menyayangi anaknya sehingga sanggup bergolok gadai demi kesenangan anaknya.Cinta yang tulus itu datangnya hanya dari ALLAH s.w.t.
Setiap baris ayat2 yang di gambarkan mempunyai maksud yang tersendiri.
Cinta yang abadi juga datangnya dari RASULLULLAH yang amat menyintai umatnya.Setiap detik,waktu,saat bahkan ketika sentiasa umatnya yang menjadi keutamaan.Sehinggakan nyawa rasullullah di hujung alkum hanya nama umati yang di sebutnya.Betapa besarkan kasih sayang rasullullah kepada kita.
Kasih sayang ibu kepada anaknya yang sanggup menahan rindu selama 9tahun merupakan pengorbanan yang amat seksa bagi seorang ibu.Dan itulah yang di tunjukkan dalam diri ibu Abdullah khaerul Azzam(odi)
Dan ketaatan seorang anak kepada ibu bapanya tergambar jelas di watak azzam yang sentiasa berlemah lembut dalam percakapan dan tanggunjawab dalam keluarga yang di ambil alih oleh seorang anak setelah kehilangan ayahda tersayang dan ibu menjadi sumber kekuatan untuk terus menjalani kehidupan di kota suci mekah.Dalam mencari rezeki yang halal,untuk menanggung kehidupan keluarga di kampung sanggup berkerja,walaupun hanya sebagai penjual bakso.Kerja keras yang di tunjukkan dalam watak azzam(odi) jelas mengambarkan kekuatan lelaki dalam sesebuah keluarga,
Jodoh yang di tetapkan ilahi tidak bisa untuk di padam.Anna dan fuqran akhirnya bercerai atas sebab ketidak upayaan suami menjalankan tanggunjawab dalam rumah tangga yang terbina.Dan jodoh antara Anna dan Azzam jelas nampak kekuatan.Segala macam ujian yang melanda meraka akhirnya meraka di satukan sah menjadi suami dan isteri yang telah di tetapkan maha pencipta,Akhirnya fuqran menikahi elisha yang sudah berjibab
Ujian juga bukan melanda Anna dan Azzam tapi juga melanda fuqran yang terpaksa menceraikan isteri(anna) tersayang atas sebab kesalahan diri sendiri.Salah percaturan dalam kehidupan membuatkan fuqran menghidapi HIV.Maria orang yahudi yang membuat fitnah megenai penyakit fuqran.Jelas terlihat betapa jahatnya orang yahudi terhadap umat islam.Dan menyiasat adalah satu jalan penyelesaian bukan terus memberontak.Fuqran akhirnya sah tidak menghadapi HIV tetapi terlambat untuk merujuk kembali sang isteri .Namun jodoh di tangan Allah dan akhirnya jodoh antara fuqran dan elisha tergambar jelas semasa slot akhir filem ini.
Dan kebahgiaan Anna dan Azzam membuatkan penonton bersorak gembira.Walaupun hanya lakonan yang di gambarkan,iktibar dan pengajaran yang harus di ambil kira.Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.Begitulah kebahagian yang tertulis dalam takdir tidak siapa pon mampu mengubahnya.Kematian ibu Azzam akibat kecelakaan yang melanda meraka amat pedih bagi sang anak kerana kehilangan orang tua yang selama ini menjadi sumber kekuatan telah pun di jemput ilahi.Dan adik2 merupakan sinar kebahagian Azzam.
Bahagianya ibu Azzam di alam sana kerana mendidik anak2 berjaya dalam dunia dan akhirat.Doa anak2 soleh merupakan doa yang mustajab bagi ibu bapa.Ujian meraka bukan berakhir di dalam filem ini ,malah sinetron yang di tayangkan di kaca tv indonesia juga meruntun hati bila melihat betapa sayangnya ALLAH pada meraka kerana itu Ujian selalu menimpa meraka.
Jadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.Bagi diriku tiada yang mampu merubah ciptaan ALLAH s.w.t: Walaupun sekadar sebuah filem tetapi ia seperti kisah nyata dalam alam dunia,Mungkin ramai yang menonton filem ini,namun tidak ramai yang menyedari akan sebalik sebuah filem.Aku sanjung filem ini dan Kcb2 yang lain kerana ia membuka mata hati manusia yang keras seperti aku.Nyata aku memberitahu bahawa aku amat2 tersentuh dengan filem ini.
Dan aku cuba bayangkan bagaimana aku menduduki tempat Anna atlahfunissa,jika diberikan ujian yang bisa melentun hati.Dan juga aku ingin sekali menduduki tempat Azzam saat berjauhan dengan keluarga selama 9tahun dan kehilangan insan tersayang tanpa ada di sisi.Menitis air mata tatkala cuba untuk bayangkan dan aku sedari aku tidak sekuat anna dan azzam.Ya Allah jangan kau uji aku dengan ujian yang aku tidak bisa tertanggung.Aku tahu ALLAH akan menguji hambanya sekadar termampu di tanggung oleh hambanya.
Jadi jangan takut,resah,kesal,bahkan merungut akan ujian yang diberikan,Setiap ujian akan ada kebahagian.
Akhir kalam pengorbanan,kasih sayang,cinta,dan tanggunjawab adalah satu kewajiban fitrah manusia.Semoga Allah merahmati akan daku dan semua umat islam akan muka bumi tuhan yang luas ini.Dan semoga Tanah Suci Mekah akan aku jejaki satu hari nanti.Insyallah,semoga termakbul doaku selama ini.
Dengan akhir kata assalamualaikum warahmatullah hibarokatul.
Mohon ampun dan maaf jika ada kata yang terkasar bahasa ..
kredit by_ketika cinta bertasbih.
By_eiyra azeiyra.
Tuhan ku...
ketika hati menangis hanya engkau sahaja yang tahun
tuhan ku..
ketika aku buntu,engkau berikan aku kekuatan dan
tunjukkan aku jalan,kau tak biarkan aku sendirian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan